MAKLUMAN BIL 28/2020: PORTAL MyFutureJobs DAN PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan Portal baharu iaitu MyFutureJobs. Portal ini bertujuan untuk membantu graduan IPT dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik mereka tanpa sebarang bayaran. Portal ini dibangunkan selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi memperkukuhkan pasaran buruh Malaysia Pasca COVID-19.
Sehubungan itu bersama-sama ini dilampirkan maklumat terkini berhubung Portal baharu iaitu MyFutureJobs selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk perhatian dan rujukan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Sebarang pertanyaan sila layari pautan www.myfuturejobs.gov.my atau hubungi 03-8091 5300.