JEMPUTAN SEBAGAI RESPONDEN DAN MEMOHON PENGEDARAN BORANG SOAL-SELIDIK KAJIAN PASARAN BAGI PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN TINGGI (MOD CAMPURAN)

Salam Sejahtera Prof. Ir. Dr. Ewe Hong Tat,

YBhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato’/Datin /Prof/ Dr/Tuan/Puan, 

JEMPUTAN SEBAGAI RESPONDEN DAN MEMOHON PENGEDARAN BORANG SOAL-SELIDIK KAJIAN PASARAN BAGI PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN TINGGI (MOD CAMPURAN) 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  

2.         Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), Universiti Sains Malaysia dalam proses merangka program Sarjana Pendidikan Tinggi (Mod Campuran) yang bermatlamat untuk menyediakan graduan dengan pengetahuan yang mendalam, pembangunan penyelidikan, peningkatan modal intelektual dan perkembangan pengetahuan serta idea-idea baru dalam bidang pendidikan tinggi. 

3.         Pihak IPPTN berbesar hati ingin menjemput YBhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato’/Datin /Prof/ Dr/Tuan/Puan untuk terlibat sebagai responden dan memohon kerjasama untuk mengedarkan borang soal-selidik kepada staf daripada kumpulan, (i) Akademik; (ii) Pengurusan dan Profesional (Pegawai dan Eksekutif); dan (iii) pelajar tahun akhir pengajian ijazah pertama. Berikut merupakan akses pautan dan pengimbas kod QR borang soal selidik untuk perhatian:  
Akses Pautan untuk lokal responden: https://www.surveymonkey.com/r/localrespondent
Market Survey for the Master of Higher Education Program (Mixed mode) – International RespondentAkses pautan: https://www.surveymonkey.com/r/surveymarket_international

4. Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai kajian pasaran ini, sila hubungi saya melalui e-mel iaitu ipptn@usm.my atau 019 5667402 kerana pihak USM telah mengeluarkan arahan Bekerja dari Rumah sehingga 6 Disember 2020. Segala penglibatan, sokongan dan kerjasama pihak YBhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato’/Datin /Prof/ Dr/Tuan/Puan dalam menjayakan pelaksanaan kajian pasaran ini adalah amat dihargai.  
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Noraini Mohamad Yusof Sekretariat b/p Pengarah IPPTN

Comments are closed